10/09/08

Mengadap Orang Besar

Permalink 05:45:20 pm, Categories: Monologues  

2145 10-09-2008

[1]

Kat Masjid al-Alami MITC mlm ni rasa mcm ada kelainan. Agak ramai org datang salat Isya’ dan Tarawih mlm ni berpakaian baju Melayu penuh (normally pakai kain pelikat je). Dlm melangkah masuk ke masjid tu aku wonder what could be the occasion.

[2]
Dlm sujud masa salat tahiyyat al-masjid, hidung aku tiba2 dicucuk dgn bau yg amat tajam. Rupa2nya diorg letak some kind of chemical pewangi kat karpet masjid! Sampai terganggu salat aku.

Apa pun occasionnya mlm ni, it must be considered special dan agaknya ada certain VIP yg akan datang. Sampai karpet yg mmg dah bersih tu, diletak lagi dgn chemical yg baunya sgt tajam. Aku terpaksa menahan nafas everytime aku sujud…

[3]
Bila tiba time salat Isya’, aku pergi ke bahagian depan, dan nampaklah banner kat depan. Rupa-rupanya mlm ni lepas Tarawih ada Majlis Tilawah, anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka. VIP dia Abdullah Badawi dan Ali Rustam.

Patutlah ’smart’ betul bbrp org kat masjid mlm ni, nak mengadap VIP rupanya. Lebih smart drpd time mengadap Allah waktu time-time lain…

ukashah

02/09/08

Beras Pulut

Permalink 05:56:24 pm, Categories: SMSs  

2203 02-09-2008

[1]

Ada satu nombor yg tak dikenali dia hantar sms kat aku. Dia suruh aku belikan beras pulut 1 kg.

ukashah

31/08/08

Salam Ramadan 1429 Hijriah

Permalink 06:22:08 pm, Categories: Monologues  

1915 31-08-2008

[1]

Rugilah dan celakalah sesiapa yang mendapati Ramadan tetapi tidak mendapat keampunan untuknya.” Salam Ramadan dan keampunan drpd kami, Akram dan keluarga.

[2]
Terima kasih atas ucapan Ramadan:

Aminuddin, Norashikin, Zamzuri, Lyana, Azahari, Asmah, Effendi, Farid, Adah, Maksu Julaida, Jainal, Tasya, Azhar, Bik Ati, Saira, Ilyana, Jainal, Rahimah, Mat, Eida, Muz, Aisya, Hamzah, Munawir, Adik Lina, Cikgu Kassim, Nas, Yusof, Hafiz, Cikgu Rashid, Fuad, Zainuddin, Rozalli.

[3]
Dan panggilan paling istimewa:

Dekat Maghrib hari ni aku dapat panggilan drpd Hasan Chachok, salah sorang classmates aku kat UM dulu, dan kami dah agak lama tak berkhabar berita.

Dia ucap selamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa, sambil kami bertukar2 cerita.

Antara sahabat yg penuh hikmah dan nasihat, Hasanlah orangnya.

“Siang tadi, masa tengah baca Qur’an, entah kenapa tiba2 teringat kat anta…” dia kata.

Dia tanya lagi, mcmana sambutan Ramadan tahun ni. Lalu barulah aku teringat aku belum lagi khabarkan kat dia tentang kelahiran anak ketiga aku.

“Alhamdulillah, Ramadan tahun ni kami diserikan dgn kedatangan seorang lagi ahli keluarga baru… Anak ketiga saya baru lahir minggu lepas!”

Nyata terkejut, Hasan kata lagi, “Alhamdulillah! Siapa namanya? Lelaki atau perempuan?”

Dalam kegembiraan itu timbul sebak di dada, tak tahu kenapa. Mungkin sebab terlalu gembira agaknya.

Aku cakap, “Anta jangan terkejut ya. Namanya Hasan bin Muhammad Akram.”

Utk beberapa ketika Hasan tak terkata apa2.

“Bukan apa. Setakat ini orang2 yg bernama Hasan yg saya ketahui baik2 belaka. Hasan cucu Nabi. Hasan al-Banna. Dan Hasan yg tgh bercakap dgn saya ni…”

Terdiam lagi Hasan. Agaknya giliran dia pulak sebak kot…

ukashah

21/08/08

Ucapan Selamat Kelahiran

Permalink 06:20:47 pm, Categories: Monologues  

1200 21-08-2008

[1]

Terima kasih kpd yg berikut atas ucapan selamat:

Emak Jangkang, Emak PJ, Bari’, Namie, Nas & Yana, Kak Nora, Farid, Maksu Julaida, Norazmi, Lyana, Wahidah, Tasya, Aris, Kak Yus, Cikgu Aziz, Salam, Adik Lina, Zairi, Faiz, Nurul, Fendi, Sam, Suriandi, Zaid, Omar, Fuad (maaf ye, usrah tak jadi), Johan, Aminuddin, Faizah, Cikgu Kassim

ukashah

20/08/08

Perancangan Allah

Permalink 06:16:13 pm, Categories: Monologues  

2326 20-08-2008

[1]

Perancangan Allah:

1700+ hrs: Aku sampai kat rumah Melaka. Alhamdulillah wife aku ok lagi.

2100+ hrs: Wife aku cakap dah mula sakit2. Aku pun bawak ke Hospital Pantai Ayer Keroh.

2326 hrs: Anak ketiga aku lahir. Subhanallah.

ukashah

19/08/08

Balik ke Malaysia

Permalink 06:12:57 pm, Categories: Monologues  

1549 19-08-2008

Indonesia Flag

[1]
Balik ke M’sia. Munawir hantar aku dan Emak ke airport (Abah, Yana, Nas, Ita, Cik Pandi balik lusa).

Bila tiba time berpisah kami perasan Munawir basah matanya.

“Eh, kena apa ini Nawir?” tanya Emak.

“Saya memang selalu mata gatal dan berair mcm ini Makcik!” kata Munawir sambil tersenyum..

ukashah

18/08/08

Hanya di Indonesia

Permalink 06:04:58 pm, Categories: Monologues  

2300 18-08-2008

Indonesia Flag

[1]
Meh aku cerita sikit pasal Indon.

First impression, dia ada banyak persamaan dgn India yg aku tengok. Jalannya amat sibuk, ramai orang naik motor, teksi tiga roda yg dipanggil bajaj, dan van mcm yg kitorg naik. Tak banyak org naik kereta persendirian, apatah lagi yg mewah.

Kawasan di bandar mmg nampak metropolitan - bangunannya, jalan dan highway (kat Indonesia banyak tol, mcm M’sia!). Tapi at the same time tak jauh dari situ nampak juga penempatan2 yg mundur. Kawasan pinggiran bandarnya sangat sibuk. Dan berdebu. Mmg mcm kat India.

Kami point out pd Munawir psl jurang perbezaan sosial yg besar ni. Dia tersenyum dan mengiyakan, “Iya, memang begini. Hanya di Indonesia..”

[2]
Kalau korang ada yg happen to be kat area Cikarang, Jakarta, singgahlah ke satu tempat makan Ayam Goreng Kartini. Nama je ayam goreng, tapi kami tak makan pun ayam. Kami order something else - ikan gurame bakar. Amat sedap, memang makan sampai ke tulang.

Aku tak tau la gurame ni equivalent to ikan apa kat M’sia (not that aku ni tau jenis2 ikan pun hehe..). Tapi Emak pun akui dia tak jumpa gurame kat M’sia.

[3]
Kat M’sia kita selalu jumpa wartel, which is Warung Telefon. Kedai yg ada servis buat panggilan telefon especially antarabangsa.

Samalah, di Indonesia mmg banyak wartel. Tapi rupanya ada banyak lagi war-war di sana:

Warnet: Warung Internet. Kita panggil Internet Cafe atau Cyber Cafe atau CC.

Warteg: Warung Tegar. Actually warung minum aje, tapi the reason diorg panggil Warung Tegar sebab banyak warung2 ni dijalankan oleh orang2 dari kawasan Tegar di Jawa.

[4]
Bila aku borak2 dgn Riyanto (driver van kami), secara umumnya orang asal pulau Jawa bukanlah dari kalangan pedagang, tapi di kalangan petani. Jadi sebenarnya banyak kedai2 dan perniagaan2 dipunyai dan dijalankan oleh orang2 dari Sumatera, contohnya dari Padang dan Palembang.

ukashah

:: Next Page >>

November 2008
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
 << <   > >>
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

ukashah: suatu monolog

One step further from a memory; One step closer to a dream

Search

Categories

XML Feeds

What is this?

powered by b2evolution free blog software